Saudaraku! Bagaimana kamu tidak mencintai Tuhan
…….
a) Berapa ramai penipu yang
meletakkan perangkap kepadamu, namun Dia menjagamu
b) Berapa ramai musuhmu yang
melontarkan kecaman kepadamu, namun Dia melindungimu
c) Berapa banyak Dia membuat
makhluk haus akan mimpi-mimpi, dan dia Dia menyegarkan dahagamu dengan
mewujudkan mimpimu.
d) Berapa banyak Dia mematikan
orang yang tidak tercapai tujuannya, sementara kamu masih tetap dihidupkan.
e) Dia memberikan kepadamu sesuatu
yang tidak pernah kamu impikan dan mencurahkan kepadamu sesuatu yang tidak kamu
minta.
f) Dia menutupi seluruh
keburukanmu, yang seandainya terbuka maka akan hilanglah senyuman.
g) Saudaraku! Sungguh
menghairankan jika kamu mengenaliNya, tetapi kamu tidak mencintaiNya.
h) Kamu mendengar seruanNya,
namun kamu menunda untuk memenuhi panggilanNya.
i) Kamu mengetahui keuntungan
mendekatkan diri kepadaNya, tetapi kamu malah mendekatkan diri kepada yang
lain.
j) Kamu mengetahui dahsyatnya
kemurkaanNya, namun kamu berpaling dariNya.
k) Kamu merasai kesedihan ketika
melakukan maksiat kepadaNya, tetapi kamu tidak mendekatiNya dengan melakukan
ketaatan kepadaNya.
l) Kamu merasai pahitnya hati
ketika terlibat dalam perbincangan dengan selainNya, namun kamu tidak rindu
untuk melapangkan dada dengan mengingat dan bermunajat kepadaNya.
m) Kamu merasai seksa ketika hati
terpaut dengan selainNya, tetapi kamu tidak lari untuk memperolehi kenikmatan
berjumpa dan kembali kepadaNya. Lebih menghairankan lagi, kamu menyakini bahawa kamu berasal daripadaNya dan sangat memerlukanNya lebih dari apa pun, namun
kamu berpaling daripadaNya dan mencintai perkara-perkara yang dapat menjauhkan
kamu daripadaNya.
Saudaraku! Jika seseorang putus
hubungan dengan raja dunia, maka dia melihat risikonya sangat jelas, lantas
bagaimana dia dapat memutus hubungan dengan Allah SWT? Saudaraku! Barangsiapa
yang enggan bersusah payah untuk memperolehi reda Allah SWT, maka dia akan
diuji dengan kepenatan dalam berkhidmat kepada makhluk.
Menghadaplah kepada Allah wahai
saudaraku, maka Allah akan menghadap kepadamu. Sesungguhnya Allah ketika
menghadap kepada hamba, maka bercahayalah seluruh arah di sekitar hamba itu dan
bersinarlah seluruh penjuru hamba; bahagian gelap menjadi terang dan nampak
bekas-bekas dia menghadap kepada Allah. Para Malaikat pun menghadap kepadanya
dengan penuh cinta dan pertolongan, kerana mereka mengikuti Tuhan mereka.
Saudaraku! Cepatlah melipat
lembaranmu, jadikanlah tekadmu hanya menuju Allah dan tinggalkan selainNya.
Jadikan gerak geri hatimu itu sentiasa seiring dengan PenguasaMu, tinggalkan
kemalasan serta mintalah kepadaNya taufiq dan pertolongan.
Wallahu alam.
Syeikh Mahmud Al-Misri
The Power of Smile
No comments:
Post a Comment