Saturday, January 11, 2014

Munajat Ya Al-Matin

Yang Maha Kukuh

Engkaulah Yang Maha Kuat,
Yang Maha Kukuh
kukuhkanlah hati dan fikiranku
dalam menapaki cita-citaku
kerana kusedar sepenuhnya
tanpaMu apa pun
menjadi tidak terurus
sekalipun aku sudah
menyusunnya dengan rapi

Wahai al-Matin
Sang Pengukuh bagi hamba-hambaNya
 aku jadikan Engkau sebagai tenaga penguat
bagi menghancurkan segala macam fikiran
negatif yang bersarang di fikiranku.
Aameen.

Kecerdasan berasaskan Asmaulhusna
Sulaiman Alkumayi;2011

No comments:

Post a Comment