Aku perlu menoleh ke belakang
ketika membaling lelah
di wakaf muasabah
walau sering rebah
namun jauh sesekali untuk dikibarkan
bendera kalah
kerana masih ada bintang
berikan pedoman
buat aku pengembara malam
dan mimpi siang
yang sering hadir
pasti betul
dan bukannya bohong.
masih mewangi umpama mawar
yang tak pernah
lelah menggoda
namun wewangian itu
di hujung deduri
dan bila-bila upaya
menusuk langkah
agar tidak segera melangkah.
Walau layar kehidupan sering rabak
tertusuk deduri dosa
teralir semula dedarah lama
luka tusukan mengotorkan layar
menghidupkan semula
episod lama
namun disegerakan agar
aku menjahit
gunakan jarum
ibadah berkarat
agar benang pahala
mengikat kukuh
agar layar kehidupan
tak dibiarkan rabak
walau jahitan itu sangat
tak sempurna.
Dalam keadaan yang payah
aku tetap menyongsong arah
tak bisa untuk kekal
di episod lalu
sehingga aku temui
episod
baharu yang hakiki.
Kamarulzaman
Ismail
Kuala
Terengganu
Mingguan
Malaysia
19
Jan 2014
No comments:
Post a Comment