Wahai muridku, Matternich! Saya
tahu bahawa apa yang kamu lakukan adalah tanda kehidupan dan semangat luar
biasa yang terdapat di dalam dirimu. Tetapi saya lebih senang melihatmu
memelihara kemampuanmu yang terpendam dan tidak mensia-siakannya. Saya
nasihatkan kepadamu untuk membiasakan diri diam dan tenang, walaupun sesaat,
setiap kali kamu mengalami suatu peristiwa yang kurang baik atau merasa sakit
hati kerana suatu perkataan atau tindakan orang lain.
Ketahuilah, saya kagum akan
perangaimu yang positif, kepandaianmu dan prestasimu. Saya tidak ingin kamu
menuliskan tindakan-tindakanmu, tetapi saya mengajakmu untuk mengatur
tindakan-tindakanmu. Ketika kamu berada di bawah tekanan emosi yang kuat,
hendaklah kamu tidak melakukan perbuatan-perbuatan yang akan melahirkan
penyesalan dan membanyakkan musuh-musuh di sekitarmu.
Jika kamu mampu menahan amarahmu
ketika saya menasihatimu, tentu kamu akan tahu apa tujuan saya. Dengan demikian
emosimu akan turun dan kamu akan menjadi tenang.
Oleh kerana kamu adalah orang
yang pandai, maka diammu selama setengah minit akan membuatmu mampu mengetahui
maksud orang lain. Dengan demikian kesedaranmu akan membuat kemarahanmu
mencair seperti air manis yang
mencairkan garam.
Pensyarah
Institut Imperator, Vienna Austria
Wallahu alam.
Syeikh Mahmud Al-Misri
The Power of Smile
No comments:
Post a Comment