Wednesday, January 15, 2014

Kebahagiaan 2

a) Berpura-pura bahagia akan menyebabkan kita lebih menderita. Berlagak kaya akan menyebabkan kita papa kedana.

b) Apa sahaja yang berlaku pada diri kita, tidak Allah takdirkan tanpa tujuan. Carilah apa tujuan itu, insya-Allah hidup kita akan sentiasa bertujuan. Capailah tujuan itu kerana di situlah letaknya kejayaan dan kebahagiaan kita.

c) Cubalah sedaya upaya untuk berasa bahagia dengan membuat kebaikan tanpa diketahui oleh orang lain.

d) Jika bahagia yang dicari tetapi derita yang diberi…..terimalah. Berbahagialah dengan derita itu.

Wallahu alam.

Pahrol Mohamad Juoi
Seraut kata selaut rasa,2013

No comments:

Post a Comment