Angin nafsu selembut sutera
kerap kali bertiup penuh ke
dada
tidak terlekat setiap tamsil
di hati
walaupun sekadar cuma sebiji
sawi
walhal iman seberat debu pun
bisa tercabut terapung-apung.
inilah dunia, satu-satunya
kita miliki
dalam segala cakerawala
kejadian alam
yang ghaib dan nyata tidak
kita faham
alam malaikat dan jin bukan
buat kita
bukan mainan pancaindera biasa
manusia, dunianya pun tidak
terjaga
musnah samudera roboh gunung
terbiar bukti alpa ratusan
kurun
rosak keindahan di tangan kita
porak peranda buruk baik jiwa
tidak tenteram makhluk sebuana
- kerana kita.
Kita lupa menyegerakan
kebajikan
walhal apabila malapetaka
datang
sasau diri gelap dunia di
gelita malam
mungkin mukmin diri waktu pagi
jadi kafir segera pada petang
hari
mukmin diri pada waktu petang
jadi kafir sehampir pagi
menjelang
antara sedar dan tidak –
terjual agama
diguling oleh sedikit
keuntungan dunia!
A. Aziz Deraman
Zaman Baru, DBP 2006
No comments:
Post a Comment