Saturday, January 18, 2014

Cinta 1


a) Cinta kerana Allah asasnya iman, tujuannya ibadah, jalannya mujahadah.

b) Orang yang cinta kepada seseorang dengan keyakinan orang yang dicintainya itu dicintai Allah, tetap akan mendapat kelebihan orang yang mencintai kerana Allah walaupun andainya orang yang dicintai itu bukan orang yang mencintai Allah!. Namun berdoalah, supaya kita mencintai orang yang benar-benar mencintai Allah.

c) Siapa yang paling cinta kepada seseorang, dialah yang paling banyak memberi. Justeru, ibu lebih menyayangi anak kerana ibu lebih banyak memberi berbanding anak. Dan di atas segala-galanya, Allah jualah yag Maha Penyayang, justeru pemberian nikmatNya tidak mungkin dapat dihitung.

d) Cinta itu indah tetapi bukan mudah kerana setiap cinta menagih korban apatah lagi cinta Allah!

e) Ramai orang yang mengakui cintakan seseorang, tetapi sebenarnya mencintai dirinya sendiri. Dia memperalatkan cinta untuk kepentingan diri. Hanya cinta Allah dan cinta orang yang mencintai Allah sahaja yang benar-benar suci tanpa mencari manfaat tanpa memperalat!

Wallahu alam.

Pahrol Mohamad Juoi
Seraut kata selaut rasa,2013

No comments:

Post a Comment