Tuesday, January 7, 2014

Senyumlah menghadapi hidup


Hidup adalah seni dan seni itu dipelajari. Lebih baik bagi manusia itu untuk bersungguh-sungguh dalam meletakkan bunga, kegembiraan dan cinta dalam kehidupannya berbanding dia bermati-matian berusaha meletakkan harta di dalam saku atau di dalam bank. Mereka mementingkan duit yang datang dan keluar. Mata sudah tidak boleh lagi menyaksikan keindahan dunia yang sebenar, tetapi terbiasa melihat duit.

Tidak ada yang dapat membuat jiwa dan muka masam kecuali sikap putus asa. Jika ingin tersenyum, perangilah sifat itu. Kesempatan selalu terbentang di hadapan dan kejayaan terbuka. Maka kembangkan akalmu, tinggikan cita-citamu, nescaya kamu akan dapat menggapai kebaikan di masa hadapan.

Apabila kamu yakin sebagai makhluk yang hanya layak menyelesaikan masalah kecil, kamu tidak akan dapat mencapai kehidupan kecuali kehidupan yang kecil itu. Sebaliknya jika yakin dicipta untuk perkara-perkara besar, maka anda akan miliki tekad untuk menghancurkan segala pembatas dan penghalang. Jalan terbentang luas dengan tujuan yang lebih mulia.

Hidup nyata membuktikannya. Orang yang mengikuti perlumbaan lari 100m, akan merasa penat setelah menempuh jarak tersebut. Namun orang yang mengikuti lumba lari 400m, tidak akan penat setelah menempuh jarak 100 atau 200m!

Jiwa itu memberikan kekuatan tekad kepadamu bergantung seberapa besar tujuanmu. Tentukan tujuanmu, berpegang teguh pada tujuan, meskipun sukar. Kamu tidak akan menemui kesulitan jika setiap hari melangkah dengan langkah baru. Elakkan putus asa, hilang cita-cita, mencari-cari kesalahan orang laid an tenggelam dalam perbincangan tentang buruknya keadaan.

Tiada taufiq yang lebih berharga bagi manusia sepertimana taufiq atau petunjuk yang diberi oleh seorang pendidik yang membangun kemampuan semulajadi anak didiknya, mengajarkan kepadanya sikap berlapang dada, mengajarkan kepadanya bahawa tujuan baik yang hendak dicapai merupakan sumber kebaikan semua manusia, semampu dia melakukannya. Semoga, jiwanya menjadi matahari yang memancarkan cahaya cinta dan kebaikan.

Wallahu alam.

Syeikh Mahmud Al-Misri
The Power of Smile

No comments:

Post a Comment