Wednesday, January 8, 2014

Iman 3


a) Orang beriman berasa aman mengenangkan peristiwa masa lampau, aman menghadapi reality hari ini, dan aman untuk menghadapi hari esok. Lupakan semalam sebaik sahaja mengambil pengajaran daripadanya. Dan hadapi hari ini dengan sebaiknya sebagai persediaan mendepani hari esok.

b) Jika hati penuh iman, pasti akan kukuh persaudaraan, kurang pertikaian. Hakikatnya, ilmu kekadang lebih memanaskan kepala, kurang menyejukkan hati.
 
c) Keyakinan pada hari akhirat sangat penting semasa hidup di dunia. Dalam hati orang beriman terpahat satu hakikat. Di sini, dunia tempat berpenat, di akhirat nanti tempat berehat!

d) Batu dengan batu disatukan dengan simen. Kayu dengan kayu disatukan dengan paku. Hati dengan hati disatukan dengan iman. Hati manusia hanya dapat disatukan oleh Allah SWT.

e) Binalah kepercayaan pada diri dengan iman. Binalah kepercayaan di sisi manusia dengan tindakan (amalan). Barulah kita dicintai kerana dipercayai!.

Wallahu alam.

Pahrol Mohamad Juoi
Seraut kata selaut rasa,2013

No comments:

Post a Comment