a) Ucapan alhamdulillah setiap kali kita mendapat nikmat,
sebenarnya lebih bernilai daripada nikmat itu sendiri. Apabila kita memuji
Allah atas nikmat yang sedikit, Allah menjanjikan datanya nikmat yang lebih
banyak. Lalu….alhamdulillah, kita akan mencambahkan lebih banyak alhamdulillah.
b) Apabila Allah uji dengan apa yang kita selalu katakan kepada orang lain, bersyukurlah kerana itu petanda Allah mengingatkan agar kita
tidak lupakan diri sendiri ketika sering mengingatkan orang lain.
c) Keikhlasan teruji ketika di pertengahan dan di hujung
satu amalan. Ketika dipuji atau pun dikeji, bagaimana rasa hati kita? Apakah
apabila dipuji, timbul dorongan untuk menambah amal, atau pun apabila dikeji,
muncul rasa hati ingin menghentikannya? Itulah asas muhasabah untuk menilai
keikhlasan diri. Apakah ada syukur selepas amalan itu dilaksanakan dengan baik
dengan mengembalikan semuanya kepada Allah? Apakah ada sabar sekiranya amalan
yang dibuat ada kekurangannya?
d) Semakin banyak kelebihan kita, hakikatnya semakin banyak
hutang kita kepada Allah. Bukankah semua itu kurniaan Allah?
Wallahu alam.
Pahrol Mohamad Juoi
Seraut kata selaut
rasa,2013
No comments:
Post a Comment