Sunday, January 5, 2014

Fokus

Esei 42

Pasti anda pernah membakar sekeping kertas dengan memfokuskan cahaya matahari dengan kanta. Ianya menjadi, jika tangan anda tidak bergerak. Perkara yang sama berlaku dalam kehidupan. Jika kita beralih haluan dan matlamat, kita akan sesat jalan. Hari ini, dengan kuasaan penumpuan dan teknologi laser, sinaran cahaya dapat memotong besi dan digunakan juga sebagai alat pembedahan dalam badan manusia.

Rata-rata kegagalan disebabkan nipisnya fokus, gerakan tidak menentu, membuat pelbagai kerja dalam satu masa. Hakikatnya kita semua ada kelemahan, kapasiti fizikal adalah terhad. Penumpuan menguntungkan, bekerja secara tidak menentu adalah membazir.

Hidup lebih produktif jika berkerja dalam keceriaan. Keazaman dan ketabahan adalah pasangan penting untuk difokuskan. Sabarlah  menghadapi cabaran pada masa lalu.Ingat, tentukan sasaran yang tinggi, haluan yang lurus dan maju ke hadapan dengan penuh tekun tanpa goyah!

a) Benda yang terhebat di dunia ini bukanlah apa yang telah kita capai, tetapi ke arah sasaran mana yang dituju. (O.W.Holmes)

Wallahu alam.

Stephen W.K.Tan
100 Esei Inspirasi & Motivasi Untuk Pelajar

No comments:

Post a Comment