Friday, March 1, 2013

Kesederhanaan


Yang mengatur hidup
kebijaksanaan daripada pengalaman
butir kepahitan yang digenggamnya
mengenalkan diri erti ketabahan
membebaskan diri daripada keresahan.

Kesederhanaan adalah daripada akal
mengukuh pendirian mengawal diri
tak terkandas daripada curiga
tak tersesat dalam hutan keraguan.

Keredaan adalah kesanggupan dan keyakinan
melepaskan diri daripada jaring riak dan ingkar
kerana di dalam diri adalah iman
yang memutihkn kejujuran.

Ada di depan kita kehadiran begini
yang resah memanjangkan doa
yang gembira melupakan kepahitan
lidah semakin tajam memutuskan perhubungan
ketertiban semakin pudar di hujung pertemuan.

Kita kembalikan setiap kebenaran di sini
gelombang hidup menjadi lautan kesabaran
sungai resah berliku menjadi jernih muaranya
kerana kebenaran adalah cahaya yang menakluki
kejahatan dan kemungkaran.

Ahmad Sarju
Mei 1986

No comments:

Post a Comment