Thursday, March 21, 2013

Membalas budi


Permata  60 :

Daripada Ibn Umar ra daripada nabi saw bersabda: Siapa yang meminta pertolongan kepadamu kerana Allah maka lindungilah ia. Siapa yang meminta kepadamu kerana Allah, maka berilah ia. Siapa yang memberi kebaikan kepada kamu, balaslah ia, jika kamu tidak mampu membalas, berdoalah untuknya dengan kebaikan. (Riwayat al-Baihaqi dan Abu Daud)

Mutiara hikmah :

a) Kebaikan yang terdapat dalam apa yang anda benci lebih banyak daripada yang terdapat yang anda suka, kerana anda tidak mengetahui akibat yang akan terjadi. Betapa banyak kenikmatan yang tersembunyi dalam kesulitan dan betapa banyak kebaikan yang tersembunyi di sebalik baju keburukan.

a) Orang yang sudah boleh merasakan nikmat-nikmat Allah pada dirinya berkewajipan untuk mengikatnya dengan syukur, menjaganya dengan ketaatan dan memeliharanya dengan tawaduk. Agar nikmat-nikmat itu boleh harmoni.

Wallaahu a’lam.

Al-Lu’lu’lil Mukminin Jld 1,
Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

No comments:

Post a Comment