Thursday, March 7, 2013

Hikmah yang berguna


Permata  42 :

Daripada Abdullah bin Amru ra, rasulullah saw bersabda; Tiada seorang muslim itu menghadiahkan kepada saudaranya satu hadiah lebih baik daripada kalimah hikmah yang Allah tambahkan dengannya petunjuk hidayah atau menghalangnya daripada tempat yang rendah (Riwayat al-Baihaqi dan al-Dailami)

Mutiara hikmah :

a) Ilmu itu akan membuat hati menjadi lapang, meluaskan pandangan, membuka cakerawala sehingga jiwa dapat keluar dari pelbagai keresahan, kegundahan dan kesedihan.

b) Barangsiapa memiliki adab yang banyak dan baik, perasaan yang sihat dan akhlak yang mulia, maka akan membuat dia akan membuat dirinya dan orang lain berbahagia. Akan mendapat hati yang tenang dan keadaan jiwa yang sejuk.

Wallaahu a’lam.

Al-Lu’lu’lil Mukminin Jld 1,
Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

No comments:

Post a Comment