Sunday, March 24, 2013

Doa yang syumul


Permata  66 :

Daripada Tariq al-sujai’ ra rasulullah saw bersabda: Ya Allah ampunilah dosaku, rahmatilahku, afiyatkan aku dan rezekikan kepadaku. Maka semuanya ini menghimpun bagi kamu kebaikan duniamu dan akhiratmu. (Riwayat Muslimdan Ibn Majah)

Mutiara hikmah :

a) Istighfar itu akan membuka mangga-mangga pengunci, mendamaikan hati dan menghilangkan kerosakan. Istighfar adalah modal rezeki dan pembuka untung.

b) Tanamkan dalam keyakinan anda bahawa siapa sahaja yang menjalin komunikasi dengan anda terlepas dari celaan, sama ada saudara, anak, isteri, kerabat ataupun kawan, kerananya persiapkan diri anda untuk menerima semua.

Wallaahu a’lam.

Al-Lu’lu’lil Mukminin Jld 1,
Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

No comments:

Post a Comment