Suatu hari Ja’afar telah dipanggil oleh khalifah. Apabila tiba di tempat
khalifah, beliau hendak diberi hadiah oleh khalifah itu dengan emas. Tetapi
beliau enggan menerimanya. Khalifah menyuruhnya meminta apa sahaja yang beliau
suka. Ja’afar berkata: Jika tuan redha,
kurniakan pada saya satu hadiah, iaitu jangan tuan panggil saya bertemu dengan
tuan lagi kerana itu menganggu ibadatku. Khalifah bersetuju.

Seorang bertanya: Siapakah yang lebih
baik di antara kedua orang ini: Orang kaya yang bersyukur kehadrat Allah kerana
kurniaan Allah kepadanya; atau orang fakir yang redha?. Ja’afar menjawab : Orang fakir yang reda itulah yang lebih
baik, kerana orang kaya ini sentiasa ingatkan hartabendanya tetapi fakir itu
sentiasa ingat kepada Allah. Allah sendiri memuji orang-orang yang bertaubat
dan memasuki Islam dan menganggap mereka lebih baik dari ahli-ahli ibadat.
Zikir membuangkan segala ingatan kepada dunia.
Kata-kata Ja’afar :
1. Di hari pembicaraan kelak anda bukan ditanya tentang hartabenda atau
pangkat atau nenek moyang dan pendapatan anda, tetapi adalah amalan kerohanian
yang telah anda lalui dan ibadat yang anda lakukan.

3. Adalah satu dosa jika putus asa dalam ibadat.
4. Orang yang bertaubat setiap kali membuat dosa adalah orang yang dikasihi
Allah.
5. Rahsia itu dibukakan kepadaku tatkala aku tenggelam dalam cinta Allah.
6. Orang yang tidak putus-putus berusaha dan menyerahkan semua peribadatannya
kehadrat Allah adalah orang yang akan menduduki syurga; tetapi orang yang
bergantung kepada dirinya sendiri dan menjadi hamba kepada hawa nafsu akan
ditempatkan di neraka.
Wallaahu a’lam.
Tazkiratul Auliya
Sheikh
Fariduddin Attar
No comments:
Post a Comment