Monday, March 25, 2013

Memelihara hadis rasulullah


Permata  70 :

Daripada Ibn Mas’ud ra berkata, bahawa rasulullah saw bersabda: Semoga Allah memberi cahaya kepada siapa yang mendengar ucapanku kemudian menghafaz, memelihara dan menunaikannya. Boleh jadi pembawa fiqh menyampaikan kepada siapa yang lebih faqih daripadanya. (Riwayat al-Syafie, al-Baihaqi, Abu Daud dan al-Tirmizi)

Mutiara hikmah :

a) Jadikan nabi Muhammad saw sebagai tauladan kerana baginda adalah pemimpin yang menghantar kepada kebahagiaan yang menunjukkan kepada kejayaan dan yang menghantarkan pada keberuntungan dan kejayaan.

b) Keringat orang yang bekerja jauh lebih baik daripada minyak kasturi yang menebar dari orang yang hanya duduk tanpa kerja. Suara termengah-mengah orang yang bekerja keras jauh lebih merdu daripada nyanyian orang-orang malas. Dan roti kering yang dimakan oleh orang lapar lebih lazat daripada daging domba yang disantap oleh orang yang berfoya-foya.

Wallaahu a’lam.

Al-Lu’lu’lil Mukminin Jld 1,
Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

No comments:

Post a Comment