Friday, March 8, 2013

Modal insan


Permata  43 :

Daripada Abu Hurairah ra, rasulullah saw bersabda: Sebaik-baik pekerjaan ialah pekerjaan tangan seseorang apabila ikhlas dalam amalannya dan menunaikannya dengan sebaik-baiknya. ( Riwayat Ahmad )

Mutiara hikmah :

a) Percayakan kepada diri sendiri dan jangan bergantung kepada orang lain. Anggaplah bahawa mereka menjadi tanggungan anda dan bukan anda yang menjadi tanggungan mereka. Bahawa hanya Allah yang bersama diri anda. Jangan tertipu dengan orang-orang yang selalu berfoya-foya.

b) Pekerjaan yang serius akan membebaskan jiwa dari kecenderungan-kecenderungan yang buruk, khayalan-khayalan yang penuh dosa dan daripada keinginan yang terlarang.

Wallaahu a’lam.

Al-Lu’lu’lil Mukminin Jld 1,
Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

No comments:

Post a Comment