Friday, March 15, 2013

Perakuan Dasar 60:40 (3)


Inisiatif 3 : Mempopularkan pendidikan S&T

Isu 1 :  Kurang penyelesaian antara KPM dengan agensi dan industri dalam mempopularkan S&T

Perakuan :
- Mewujudkan jaringan strategik antara industri atau agensi luar dengan sekolah untuk memberi pendedahan kepada pengetua, guru besar dan guru tentang perkembangan terkini pendidikan S&T, serta memperkukuhkan kerjasama dengan jaringan strategik sedia ada.
- Memastikan sumber dan kewangan yang mencukupi serta mempunyai ahli yang tetap dan komited dalam membuat perancangan yang strategik serta mempunyai rancangan pelaksanaan yang jelas.
- Meningkatkan penglibatan pihak institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA dan IPTS), industri dan organisasi korporat dalam usaha pengkongsian maklumat berkenaan kepentingan S&T dan peluang-peluang kerjaya dalam bidang ini kepada pelajar-pelajar menengah atas dan pra-universiti.
- Menggalakan penglibatan ahli-ahli S&T yang berjaya sebagai ikon/role model dalam usaha menarik minat murid dalam bidang S&T.
- Meningkatkan pemberian pengiktirafan kepada agensi-agensi luar yang menyokong dan mempromosikan S&T

Isu 2 : Pengiktirafan dan mengambil kesempatan kesempatan dari institusi pembelajaran sains informal berstruktur dan terancang

Perakuan :

- Mengiktiraf institusi pembelajaran sains informal berstruktur dan terancang (seperti Muzium Sains dan Pusat Sains) sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
- Memperluaskan penglibatan agensi luar dalam aktiviti pusat penemuan sains untuk menyokong pembelajaran sains secara informal.
- Mewujudkan polisi dan kaedah untuk menggalakkan semua pihak berkaitan untuk menyokong pembelajaran informal
- Menyediakan satu mekanisme bagi menyelaraskan pelaksanaan dan memantau keberkesanan pembelajaran sains secara informal dengan bekerjasama dengan pusat pembelajaran sains informal bersruktur dan terancang di Malaysia dan juga di serantau.

Isu 3 : Kesedaran kerjaya S&T

Perakuan :

- Meningkatkan program outreach untuk membantu pembelajaran S&T secara informal dan relevan dengan kurikulum.
- Memperluaskan program dan mempelbagaikan kaedah mempromosikan peluang-peluang kerjaya yang ada di industri berkaitan S&T dan kepentingan bidang S&T.
- Mewujudkan jawatan yang ’menarik’ dalam perkhidmatan awam yang mengikut kelulusan dan kepakaran bidang sains bagi menggalakkan kerjaya sebagai saintis atau teknologis.
- Meningkat jaringan pihak agensi dengan sekolah serta mempelbagaikan kaedah mempromosikan kepentingan dan laluan kerja bidang S&T.

Isu 4 : Penglibatan media massa secara strategik
 
- Memberi insentif kepada agensi kepada agensi yang menghasilkan bahan yang berkualiti dan yang relevan dalam mempromosikan bidang S&T
- Menggalakkan program kolaboratif antara sektor kerajaan dan swasta, termasuk pihak industri untuk menghasilkan pelbagai bahan untuk mempromosikan bidang S&T kepada murid
- Memberi peluang kepada pakar-pakar dan pendidik S&T untuk mendekati masyarakat awam melalui media massa.

- Menyediakan platform perkongsian hasil/aktiviti S&T bagi melalui media massa.
- Menggalakan pertandingan S&T secara dalam talian dan diberi pengiktirafan yang sewajarnya bagi memboleh penglibatan murid yang lebih ramai.

Laporan strategi mencapai Dasar 60:40 aliran Sains/Teknikal : Sastera
KPM, 2012 ms 71-72

No comments:

Post a Comment