Friday, March 15, 2013

Perakuan Dasar 60:40 (4)


Inisiatif 4 : Insentif

Isu 1 : Pengiktirafan kepada murid, sekolah, guru, ibu bapa dan agensi luar KPM

Insentif murid

Perakuan :
- Meningkatkan kadar pemberian BKP (Tingkatan Empat dan Lima) dan BKPU (Tingkatan Enam) kepada murid yang memilih aliran S&T tanpa mengira pendapatan isi rumah.
- Mewujudkan badan yang menguruskan dana atau sumbangan daripada pelbagai pihak untuk membantu murid melanjutkan pelajaran dalam bidang S&T di IPT
- Murid S&T diberikan baucer buku/ majalah S&T setiap tahun untuk menyokong pembelajaran murid.
- Murid aliran S&T lepasan SPM diberi laluan khas dan keutamaan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang S&T yang diminati.

Insentif Guru

- mewujudkan satu dana atau zamalah, sumbangan daripada pelbagai pihak untukmenaja / membantu guru S&T meningkatkan kemahiran dan keupayaan profesionalisme.
- Memperluaskan pemberian BISP kepada guru yang mengajar matapelajaran S&T

Insentif Sekolah

- Menjadikan pencapaian matapelajaran S&T sebagai salah satu kriteria pemilihan SBT dan SKK
- Menambah kriteria pemilihan Tawaran Baru Guru Besar / Pengetua dari aspek penglibatan dan pencapaian sekolah dalam matapelajaran S&T.

Insentif Ibu Bapa

- Memberi pengecualian cukai kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang mengambil bidang sains dan teknologi di sekolah (Tingkatan 4, Tingkatan 5, Pra-Universiti) dan IPT.
- Memberi bayaran insentif STEM (Science, Technology, Engineering and Mathematics) kepada ibu bapa yang bukan pembayar cukai dan mempunyai anak yang sedang mengikuti bidang pengajian dalam sains dan teknologi,
- Mengurangkan yuran pengajian semester pertama bagi pelajar baharu yang mengambil jurusan S&T.

Insentif kepada agensi luar/industri

-Menambah rebat cukai kepada agensi luar/industri yang memberikan sumbangan dan penglibatan dalam bidang s&T kepada sekolah.
- Memberi insentif kepada pelabur asing yang memberi sumbangan atau menjalankan program kolaboratif dalam bidang S&T bersama sekolah.

Laporan strategi mencapai Dasar 60:40 aliran Sains/Teknikal : Sastera
KPM, 2012 ms 73-74

No comments:

Post a Comment