Monday, July 9, 2012

Sibok denganNya

Berkata Abu Ishaq al-Jubaili, Aku datang kepada Ali bin Abdul Hamid al-Ghadhairi. Aku melihat dia sebagai hamba Allah yang paling baik ibadahnya dan paling banyak bermujahadah. Ia tidak pernah menghentikan solatnya di tengah malam dan di siang hari. Aku cuba menunggunya hingga selesai solat. Namun aku tidak mendapatkan peluang itu.

Maka aku berkata kepadanya, Kami telah meninggalkan orang tua, isteri, tanah kelahiran dan anak-anak kami hanya untuk mendatangimu. Bolehkah sekiranya engkau berhenti sejenak dan menceritakan kepada kami sebahagian ilmu yang diberikan Allah kepadamu?.

Ia kemudian berkata, Aku mendapatkan doa Syeikh Shalih Sari as-Saqathi ra. Ketika aku datang kepadanya dan mengetuk pintu, aku mendengarnya mengucapkan dalam keadaan bermunajat, sebelum ia keluar menemui : Ya Allah, siapa-siapa yang datang kepadaku hendak menyibukkan aku dari bermunajat denganMu, maka sibukkan ia denganMu, dariku.

Maka aku tidak kembali dari sisinya sehingga aku menjadi senang dengan solat dan sibuk  dengan zikir kepada Allah Taala. Aku tidak lagi memusatkan perhatian kepada selainnya berkat Syeikh itu. Aku lihat perkataannya itu kelua dari hati yang sangat sedih, kegundahan yang terpendam dan air mata yang bercucuran. Semoga Allah meredhainya.

Wallahu’alam.

( Samudera air mata, Ibnu Jauzi )

No comments:

Post a Comment