Saturday, July 28, 2012

Haji Tidak Mabrur III


1. Membeli barang-barang di Tanah Suci Mekah (shopping) menjadi tujuan utama pergi ke sana. Sehingga berlaku pertengkaran di dalam jual beli. Satu dari sebab terhalangnya mencapai haji mabrur adalah kerana kuat tawar-menawar ketika membeli-belah. Ini mengurangkan sifat warak dan lari dari niat asal ke Mekah.

2. Sifat sombong dan bangga diri ketika bersama-sama kawan-kawan di Mekah masih lagi menjadi amalan untuk menonjolkan kehebatan diri, pangkat dan kemewahan hidup.

a) Sepatutnya ketika di Tanah Suci Mekah, semua insan adalah sama sahaja, hanya yang terdekat di sisi Allah SWT ialah yang paling bertaqwa
.
b) Membesar diri dan merasa sombong dengan pangkat yang pernah disandang di tanah air merupakan galakan dari syaitan yang membakar api keegoan. Oleh itu pangkat dan darjat perlu ditinggalkan di tanah air sahaja.

3. Tidak menghayati seluruh ibadat yang berbentuk zikrullah sepanjang berada di Arafah seperti khutbah Arafah, berzikir, membaca Al-Quran, berdoa dan amalan-amalan yang dilakukan oleh Rasulullah saw.

4. Mengambil mudah tentang hukum mahram, seperti wanita keluar berseorangan menunaikan umrah atau membeli belah.

a) Terdapat dalam kalangan wanita yang berada di Mekah atau Madinah sering keluar keluar berseorangan untuk membeli belah. Ini mudah menimbulkan fitnah

b) Terdapat juga wanita keluar menunaikan umrah sunat di Tanai’em berseorangan diri. Ini sudah melanggar syariat Islam.

5. Tidak boleh mengawal nafsu keinginan dalam masa ihram dan percakapan yang menjaga kesucian Tanah Suci Mekah dan Madinah. Tujuan berihram ialah untuk menutup nafsu bagi memberi ruang mengingati Allah SWT. Adalah rugi bagi jemaah yang masih bercakap untuk merangsang nafsu ketika dalam ihram kerana ini merupakan tegahan mutlak dari Al-Quran. Tegahan ini hanya berbentuk sementara sahaja iaitu sewaktu di dalam ihram. Firman Allah SWT di dalam surah Al-Hajj, ayat 30 :

 “…..jauhilah kekotoran syirik yang disebabkan oleh penyembahan
berhala, serta jauhilah perkataan yang dusta.”


( JAWHAR, JPM  2010 )

No comments:

Post a Comment