
Penyerang-penyerang itu berkata : Kalian tidak akan sanggup mengadapi kami. Kami penguasa wilayah ini, lagi pun jumlah kami sangat ramai, sedangkan jumlah kalian terlalu sedikit. Perlu kalian ketahui, demi Tuhan yang memiliki Ka’abah, apabila kalian menyerah, maka kami tidak akan menyakiti. Kalian dapat memegang janji dan sumpah yang kami ucapkan atas nama Allah!.
Tindakannya menyerang diikuti oleh dua orang sahabat, iaitu Mursad Al-Ghanawi dan Khalid Al-Laitsi. Mereka terus menyerbu hingga gugur seorang demi seorang. Sementara tiga lagi sahabat Rasulullah saw, iaitu Abdullah bin Thariq, Zaid bin Ad-Dusunah dan Khubaib bin ‘Adi menyerah diri. Namun ternyata, Hudzail mengkhianati janjinya.
Pada awalnya, Hudzail tidak tahu bahawa salah seorang korban tewas itulah yang dikehendaki Sulafah binti Sa’ad samada hidup atau mati lantaran dendam perang Uhud. Selang beberapa jam kematian ‘Asim bin Tsabit, kaum Quraisy mengetahui kejadian itu kerana suku Hudzail tinggal tidak jauh dari Bandar Mekah. Mereka pun mengutus wakil ke sana .
Orang-orang Hudzail pun ke tempat jenazah ‘Azim untuk memenggal lehernya, tetapi mereka dikejutkan dengan kumpulan lebah dan serangga yang mengelilingi dan membungkus tubuh ‘Asim dari setiap sudut. Setiap kali hendak mendekatinya, lebah dan serangga itu menyerang dan menyengat mata, muka dan sekujur tubuh mereka, seakan akan melindungi jasad yang tidak bernyawa itu.
Setelah mencubanya beberapa kali, mereka mulai putus asa. Sebahagian dari mereka berkata : Biarkan saja seperti itu hingga malam nanti, kerana bila malam serangga-serangga itu akan pergi meninggalkannya.

Pada keesokkan harinya, keadaan kembali reda. Orang-orang Hudzail gagal menemui jasad ‘Asim. Allah SWT telah mengkabulkan doa ‘Asim bin Tsabit, lalu Allah menjaga tubuhnya dari perlakuan keji kepadanya. Allah telah menjaga kepalanya yang mulia itu sehingga tidak dijadikan tempat minum arak. Allah tidak memberi kesempatan kepada kaum musyrikin untuk berbuat keji terhadap orang-orang yang beriman.
Wallahu a’alam.
( 65 manusia langit; Pustaka Azhar )
No comments:
Post a Comment