Friday, July 6, 2012

Seperti melepaskan batok di tangga

Dahulu orang-orang  yang tinggal di kampong-kampung berkaki ayam. Kebanyakkan rumah terdapat tempayan yang berisi air dan diletakkan di luar rumah. Kebiasaannya tempayan-tempayan di letakkan di tanga-tangga rumah. Sebelum memasuki rumah, pengguna akan menggunakan pencedok untuk mengambil air dan dijirus ke kaki. Pencedok ini dibuat daripada tempurung kelapa dan mempunyai tangkai. Pencedok ini dikenali sebagai batok.

Selepas membasuh kaki pengguna harus menggantung semula batok untuk digunakan oleh orang lain.

Peribahasa ini bermaksud melakukan sesuatu pekerjaan itu secara tidak bersungguh-sungguh atau sambil lewa

Seseorang  pelajar itu harus membuat kerja dengan tertib dan kemas. Pelajar-pelajar harus mempunyai kriteria-kriteria berikut  bagi menjadikan diri mereka orang-orang yang mementingkan pelajara dan tidak sambil lewa dalam melakukan pekerjaan :

a)      Mempunyai matlamat dalam hidup dan matlamat belajar
b)      Mempunyai cita-cita
c)      Mempunyai kemahuan untuk berjaya
d)      Mempunyai keyakinan yang tinggi untuk berjaya
e)      Sanggup berusaha bersungguh-sungguh
f)        Mempunyai kaedah yang sesuai untuk berjaya
g)      Menghormati orang lain.

Orang yang mahu berjaya tidak akan melakukan kerjanya sambil lewa. Mereka akan bekerja bersungguh-sungguh kerana mereka mahu mencapai cita-cita yang telah lama mereka pendamkan. Sikap sambil lewa menghasilkan keputusan yang tidak memuaskan banyak pihak dan biasannya keputusan itu ditolak oleh penilai.

Kesungguhan dalam bekerja dan tidak mengambil sikap sambil lewa dituntut oleh Islam. Dalam hal ini Rasulullah saw bersabda :

Sesungguhnya Allah menyukai seseorang yang melakukan kerja dengan tekun (bersungguh-sungguh)

                                                                        ( HR : al-Baihaqi )

Daripada hadis di atas, kita dapat fahami bahawa Allah SWT menyukai hamba-hambaNya yang melakukan amalan dengan bersungguh-sungguh. Sikap sambil lewa dalam melakukan sesuatu tidak akan menjamin keberhasilannya. Sebagai seorang pelajar sikap sambil lewa tidak akan membawa mereka ke arah kejayaan. Malah lebih teruk sekiranya perkara itu belarutan, pelajar akan hilang arah tujuannya, sebagai seorang penuntut ilmu.

Yakinlah bahawa Allah SWT akan memberikan balasan yang berlipat ganda kepada mereka yang melakukan pekerjaan dengan sebaik-baiknya. Sebagaimana juga apabila seorang pelajar berusaha bersungguh-sungguh, tidak sambil lewa dan focus kepada matlamat yang ingin dicapai maka sudah pasti kejayaan di dalam peperiksaan mampu diraihnya.

Kesimpulannya, dua penyakit yang sangat bahaya yang menjadi sebab dan punca kegagalan ialah malas dan sambil lewa. Daripada penyakit inilah akan lahir penyakit-penyakit yang lain seperti bbertangguh-tangguh dalam melaksanakan kerja, lesu, bosan dan lemah. Oleh itu berhati-atilah dengan sikap ini, tanamkan dalam diri sikap tekun dan bersunggguh-sungguh untuk melakukan yang terbaik dalam semua perkara. Insya Allah, Allah SWT akan berikan yang terbaik juga untuk kita pada masa akan datang.

Wallahu’alam.

 ( 25 pesanan zaman berzaman; YBR 2012 )

No comments:

Post a Comment