Pepatah ini bermaksud; sesiapa yang rajin akan memperoleh rezeki yang baik.
Semua orang berhasrat untuk mencapai kebahagiaan. Kebahagiaan pula dapat dinikmati apabila kita memperoleh sesuatu bergantung kepada keadaan dan situasi. Antara perkara yang membahagiakan kita adalah pasangan atau anak yang taat perintah atau soleh dan solehah, rumah yang baik, kenderaan yang baik atau persekitaran yang baik. Faktor pendapatan yang baik dan banyak sering dijadikan ukuran kebahagiaan. Betul, kadang-kadang imbuhan yang banyak dapat membahagiakan kita, lebih-lebih lagi diperoleh daripada sumber yang halal. Ilmu dapat menjamin masa depan seseorang. Dengan ilmu, dia memperoleh kejayaan, mendapat kerjaya yang baik, pendapatan yang lumayan serta kebahagiaan dalam hidup sebagaimana yang telah diterangkan. Hakikatnya kita selaku hamba perlu sedar yang semua itu datangnya dari yang Maha Kaya iaitu Allah SWT.
Allah SWT telah berfirman :
Sesungguhnya Tuhanmulah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) , dan Allah juga yang menyempitkannya (menurut yang demikian). Sesungguhnya Allah Maha Mendalam Pengetahuannya, lagi Maha Melihat akan hamba-hambaNya.
(al-Isra : 30)
Seseorang yang rajin bekerja dan berusaha akan mendapat apa yang diinginkan dengan izin Allah SWT. Tetapi rezeki yang diperoleh tidak datang begitu sahaja tanpa usaha dan ikhtiar yang bersungguh-sungguh.
Pepatah Arab ada menyebut ;
Sesiapa berusaha pasti berjaya, siapa menanam pasti menuai.
‘
Allah SWT telah berfirman :
Bahawasanya seorang manusia tidak memperoleh selain apa yang diusahakan.
(an-Najm : 39)
Kesimpulannya, setiap manusia semestinya menginginkan masa depan yang cerah. Usaha dan rajin merupakan salah satu sifat yang perlu kita tanam dalam diri kita, Allah SWT pasti akan menurunkan rezeki kepada mereka yang telah berusaha.
Wallahu’alam.
( 25 pesanan zaman berzaman; YBR 2012 )
No comments:
Post a Comment