Dari Abu Bakar ar-razi, bahawa Ibnu Atha’ telah berkata : Ketika Nabi Adam makan dari buah pohon terlarang itu, maka Dia mengusirnya dari syurga dan dilarang mendekatiNya serta semua yang ada di syurga kecuali sebatang pohon kayu yang tetap menaungi Adam.
Pemergiannya dari syurga ditangisi oleh semua kecuali oleh emas dan perak.

Allah lalu bertanya kepada pohon (gaharu) yang menaungi Nabi Adam itu: Mengapa kamu memberi naungan kepada orang yang diusir majikannya?. Pohon itu menjawab : Kerana aku kasihan dengan apa yang menimpanya itu. Maka Allah berfirman : Demi kemuliaan dan keagunganKu, Aku akan menyeksamu di dunia dan kamu tidak akan dimanfaatkan kecuali setelah dibakar, kerana kamu telah melindungi orang-orang yang derhaka di sisi Tuhannya atas penglihatan dan pengetahuanNya.
Wallahu’alam.
( Samudera air mata; Ibnul Jauzi )
No comments:
Post a Comment