Esei 36
Individu yang mempunyai impian, wawasan dan strategi adalah lebih perkasa
dari mereka yang hanya berilmu.Langkah pertama menuju wawasan adalah
membayangkan hasil yang bakal diperolehi. Pupuk dan semaikan semangat untuk
sentiasa memandang ke hadapan, seiring dengan keupayaan meramalkan apa yang
akan berlaku kelak supaya kita sentiasa di hadapan. Tuhan sudah tentu ada
perancangan untuk kita semua. Makhluk kejadiannya sahaja yang boleh membuat
sentuhan terakhir.
Strategi dan rangka jadual yang ketat tidak semestinya menghadkan kebebasan
dan kreativiti. Tetapkan harapan dan piawaian yang tinggi, diiringi berkat doa,
wawasan, keinginan, keyakinan, semangat, dengan mudah anda akan menemui jalan
kejayaan. Anda lebih berani mengambil risiko kerana halangan sudah tidak ada.
D.Curtis pernah berkata; kita adalah apa yang telah dibayangkan. Teruskan usaha
yang gigih untuk mendapatkannya.
a) Dalam perniagaan seperti
dalam seni mempertahankan diri, yang penting bukan hanya mengelakan pukulan,
tetapi untuk menjangka dari mana datangnya. (B.Tapie)
b) Kebanyakkan objektif
tidak boleh dilihat, kerana ia terhijab oleh pandangan intelek, walaupun ia
terlalu hampir pada pandangan mata kasar. (Henry D.Thoreau)
Wallahu alam.
Stephen W.K.Tan
100 Esei Inspirasi &
Motivasi Untuk Pelajar
No comments:
Post a Comment