Sunday, December 1, 2013

Munajat Ya Qahhar

Yang Maha Perkasa

Tuhanku
Engkau menundukkan dan menjinakkan seluruh alam
yang tinggi mahupun yang rendah
yang dekat mahupun yang jauh
jadikan aku mampu menyingkap namaMu al-Qahhar
sehingga aku mampu mewujudkanNya untuk diriku
dan orang lain
namun
aku berharap padaMu
jangan sampai al-QahharMu membuatkan aku sombong
sebagaimana Firaun
jangan, jangan Ya Allah
aku tidak sanggup bertanggungjawab ke atas semua ini
di hadapanMu kelak
aku malu
kerana memang aku tidak layak berbangga dengan
kuasa yang ada padaku
lantaran ia adalah amanahMu
Aameen.

Kecerdasan berasaskan Asmaulhusna
Sulaiman Alkumayi;2011

No comments:

Post a Comment