1. Pengertian
pemantapan sahsiah pemimpin mithali
a) Erti pemantapan ialah perbuatan usaha proses menjadikan sesuatu itu mantap
(tetap, stabil tidak berubah)
b) Sahsiah ialah keperibadian (peribadi yang utama ialah menuntut ilmu dan
melengkapkan proses pembinaan peribadi / insan terpuji)
c) Pemimpin mithali ialah orang yang mengetuai atau memimpin yang boleh
dijadikan contoh atau diteladani.
d) Maksudnya usaha-usaha ke arah membina peribadi seseorang itu agar
menjadi insan terpuji dan berupaya memimpin serta menjadi contoh kepada orang
lain / orang yang di bawah pimpinannya.
2. Usaha-usaha
yang perlu dilakukan untuk memantapkan sahsiah
a) Menjaga akidah / iman / hubungan dengan Allah
b) Menjaga hubungan baik dengan ibu bapa, guru, kawan dan lain-lain.
c) Menanamkan ilmu dan kemahiran (ilmu ardhu ain dan fardhu kifayah)
d) Menjaga disiplin (diri, masa, pelajaran dan lain-lain)
e) Menjaga penampilan diri (kemas, bersih)
f) Berakhlak mulia / menjauhkan diri dari perkara negatif
g) Bersemangat, berani mencuba, tidak mudah putus asa dan yakin diri.
h) Memilih kawan yang baik
i) Berupaya mengurus emosi dengan baik.
3. Siapakah
pemimpin mithali
Apabila seseorang itu telah mantap sahsiahnya sebagaimana di atas maka akan
lahirlah seorang pemimpin yang berwibawa, berbakat, berupaya memimpin diri
sendiri, orang lain dan organisasi di bawahnya bahkan menjadi contoh dalam apa
saja aspek samada peribadi, tingkah-laku, keilmuan maupun pergaulan yang baik.
Pemimpin mithali mestilah mendominasikan beberapa perkara antaranya:
a) Ketinggian ilmu
b) Kemahiran komunikasi
c) Kekuatan rohani / spiritual
d) Kehebatan penampilan / personaliti yang menarik
e) Keunggulan sahsiah / akhlak / peribadi mulia
f) Kemahiran mengurus
g) Kematangan menyelesaikan masalah / membuat keputusan
h) Keupayaan mental dan fizikal
i) Pergaulan yang baik
4. Akibat tidak
memiliki sahsiah yang baik
a) Tidak diberkati Allah dalam apa saja yang dilakukan
b) Gagal mengawal diri sendiri apatah lagi orang lain
c) Jahil / dan tidak mahu menambah ilmu
d) Tidak dhormati orang lain / dibenci
e) Sukar mendapat kepercayaan
f) Mempunyai ramai musuh
g)Mempunyai sifat-sifat mazmumah
h) Tidak suka menerima pandangan / pendapat orang lain
i) Selalu bertelagah
j) Kerja tidak diutamakan / pengurusan masa
k) Tiada daya kepimpinan dan pergaulan yang tidak disenangi
l) Melemahkan organisasi
5. Kesimpulan
Seseorang yang ingin menjadi pemimpin mesti mempunyai sahsiah atau peribadi
yang unggul, jiwa yang kuat, bijak dan berwibawa serta yang paling penting
sekali ialah mempunyai kekuatan dalaman yang sukar digoyah, iman yang mantap
kerana dalam setiap tindakan yang dibuat seorang pemimpin itu perlu kepada
hidayah dan inayah dari Allah barulah sahsiah yang sudah sedia ada akan lebih
terserlah dengan pimpinan petunjuk Allah dalam mengurus atau melakukan sesuatu
kerja demi kecemerlangan orang yang di bawah pimpinannya baik dunia mahu pun di
akhirat.
Wallahu alam.
Mohamad Nawi b Jaffar
Nadwah kepemimpinan Islam
Sekolah Menengah
No comments:
Post a Comment