Esei 34
Satu jurnal perubatan Australia melaporkan seorang doktor Cina dan anak
saudaranya telah hilang di dalam salji....suhu di bawah paras beku....telah
ditemui hidup keesokan harinya! Doktor itu telah melakukan meditasi dan
visualisasi pada malam itu, dengan membayangkan gambaran api luahan mulut
seekor naga. Mereka berasakan diri mereka dimandikan haba suam!. Meditasi,
visualisasi dan istirehat juga digunakan oleh seorang pakar sakit jiwa dari
Australia, Dr. Meares dan Dr. C. Simonton, yang telah menghasilkan kejayaan
dalam mengubati pesakit-pesakit kanser.
Sesungguhnya mereka semua menghayati 3B ; berupaya, berjaya dan berbakat.
Fantasikan hajat. Bina imej minda pada tindakan dan pencapaian yang terbaik.
Visualisasi dan pengesahan juga tabiat untuk mempercayai dan berharap hendaklah
digabungkan. Ia tidak melibatkan sebarang belanja tambahan tetapi mampu
memberikan kesejahteraan.
a) Oleh sebab itu jadi
seorang yang terlalu memilih pada apa yang dirancang dalam hati anda, kerana
jika anda mahukannya teramat sangat, anda akan memilikinya. (Emerson)
b) Apabila sesuatu objek,
atau tujuan adalah jelas berada dalam minda kita, kewujudannya secara nyata
akan boleh dilihat, ia cuma bergantung pada masa. (L.Whiting)
Wallahu alam.
Stephen W.K.Tan
100 Esei Inspirasi &
Motivasi Untuk Pelajar
No comments:
Post a Comment