Esei 38
Di Tenggara Asia, cendawan, pucuk buluh, rumpai laut, kekacang, buah-buahan
dan sayuran dituai daripada sumber asli. Hasil perniagaan boleh mencecah
berbilion-bilion ringgit setahun. Pencari logam terpakai kini telah mengumpul
wang yang banyak. Berbagai-bagai peluang tanpa had tetap wujud di dalam setiap
industri. Merncari dan merebut peluang adalah teramat penting.Kekadang teguran
yang bersahaja dari seseorang boleh mencetuskan inspirasi, mungkin membuka pintu
peluang yang lebih besar!.Berwaspadalah, dan buat perhitungan yang bijak.
Belajarlah dari En. Brett seorang pengukir yang kisahnya ditulis oleh Denis
Waitley dalam The Winner’s Edge; pada tahun 1979 di Malibu, California. beliau
membeli batu besar seberat 116 tan. Pihak berkuasa komuniti telah membelanjakan
US$1 000 000 untuk mengubah kedudukannya. Dia membeli batu itu dengan harga
US100 dan menjadikannya ukiran tugu peringatan yang besar, dan kemudian telah
menerima bayaran upah US$1 juta!.
Namun ingatlah pesan Thedore Roosevelt; lakukan apa yang anda boleh, dengan
apa yang anda ada, di mana juga anda berada. J.Oppenheim pula menyebut; orang
odoh mencari kebahagiaan di tempat jauh; yang bijak menyemai benih di bawah
tapak kakinya sendiri. Kekadang banyak peluang datang mengetuk pintu depan
tetapi kita asyik mencari-cari di kebun belakang rumah. Selain itu ada juga
orang baru sahaja tinggalkan jeti tidak lama kemudian kapal dagang pun masuk
berlabuh!.
Agak aneh apabila didapati peluang biasanya tercetus dari keadaan
bermasalah atau ketika terdapat kepayahan. Pepatah lama ada menyatakan, waktu
paling gelap itu ialah semasa menjelang fajar menyising. Kegagalan hanyalah
selingan. Elaklah sifat suka teragak-agak, ia adalah tanah perkuburan bagi
peluang-peluang yang terlepas.
Ingatlah :
1) Buka minda dan mata anda pada setiap ide baru, produk, kepelbagaian,
peningkatan, malah angan-angan. Biasanya akan wujud lagi Care-Bear, Garfield
atau Rubik’s Cube yang menanti untuk diterokai.
2) Jangan lepaskan perhatian terhadap sbarang kemungkinan, di dapur, di
dalam kelas atau di pejabat. Ada sebarang masalah untuk diselesaikan, produk
untuk mengurangkan sebarang kesengsaraan? Ingat, walapun satu teguran yang
bersahaja boleh memandu anda ke arah perkara yang lebih besar.
3) Biarkan masalah anda berkubur; tetapi hidupkan segala peluang-peluang
yang ada. Teruskan kehidupan ini sentiasa dengan mata yang terbuka dan dengan
akal yang sentiasa bergerak!
a) Kita hanya menemui dunia
yang kita cari ( Henry D.Thoreau )
b) Persediaan rapi
menjadikan nasib itu baik ( Joe Poyer )
Wallahu alam.
Stephen W.K.Tan
100 Esei Inspirasi &
Motivasi Untuk Pelajar
No comments:
Post a Comment