Wednesday, December 4, 2013

Sarapan kampung kami

Kami bersarapan setiap hari
dengan hidangan benci-membenci
di warung kampung kami.

Kami tidak memandang wajah
sebaliknya sering maki-memaki
dengan suara meninggi
bercerita pendirian diri
bertujuan menyakitkan hati.

Kami suburkan hal politik
ke dalam fikrah anak dan isteri
lalu mereka sebarkan pula
ke seisi kampung dalam negeri.

Kampung kami kini berpuak-puak
kerana kami sering mulakan pagi
dengan sarapan benci-membenci.

Firdhaus Hassan
FSKIK UPSI
Berita Harian
2 Disember 2013

No comments:

Post a Comment