Pengurusan Kewangan
Sekiranya
perancangan telah dibuat dengan mengambilkira latihan-latihan dan aktiviti
perkembangan profesional yang diperlukan guru dan staf di sekolah, masalah
kewangan tidak akan timbul. Perancangan strategik sekolah perlu mengenalpasti
kekuatan dan kelemahan guru dalam usaha merealisasikan matlamat sekolah dan
tindak ikut seterusnya ialah untuk JK Kemajuan Staf sekolah merangka program
dan latihan yang sesuai. Peruntukan kewangan untuk program peningkatan guru
diberikan dan program dijalankan. Sebagai pemimpin, pengetua/guru besar juga
perlu bijak mencari sumber kewangan untuk menggerakkan program perkembangan
profesional di sekolah.
Wallahu alam.
Sallina bt Hussain, A Razak b A Karim & Rahmah
bt Sayuti
Membudayakan Perkembangan Profesional
No comments:
Post a Comment