Sulaiman bin Ammar menceritakan kepada Abu Bakar as-Shaidalani; Aku melihat
ayahku dalam mimpi, lalu aku bertanya kepadanya, apa yang dilakukan Tuhan
terhadapmu?
Ia menjawab, Sesesungguhnya Tuhan
telah menempatkanku dekatNya dan berkata kepadaku: Hai syaikh yang jelek,
tahukah mengapa Aku mengampunimu?
Ayah Sulaiman menjawab, tidak, wahai
Tuhanku.
Dia lalu menjelaskan: Engkau pada
suatu hari pernah hadir di suatu majlis, lalu engkau membuat orang-orang
menangis. Salah satu yang menangis adalah seorang hambaKu yang belum pernah
sama sekali menangis kerana takut kepadaKu. Maka Aku mengampuninya dan Aku pun
menghibahkan ampunan kepada semua orang yang hadir di majlis itu, dan Aku juga
menghibahkan ampunan kepadamu pula.
Allahu Akbar.
Ya Allah, anugerahkan kami
sepasang mata yang airmatanya sering menangis, merinduiMu Ya Rabb. Aameen.
Wallahu alam.
Ibnul Jauzi
Samudera air mata,2011
No comments:
Post a Comment