Solusi keluar dari
bebanan hidup
Saya pun simpati dengan keadaan di mana kenaikan harga tetapi kita mesti
faham konsep dunia tidak ada barang, tidak ada situasi di mana harga akan
turun. Memang harga akan naik. Minta maaf kadang ada orang kata saya terlampau
optimistik dan tidak memahami apa yang berlaku dek orang yang kurang mampu.
Tetapi pada saya macam ini, bukan apa yang berlaku itu penting tetapi
respon kita terhadap apa yang berlaku. Kalau kita guna formula ini, peristiwa
yang berlaku campur dengan respon kita menghasilkan hasil kehidupan kita. Kalau
peristiwa itu negatif, respon kita negatif hasilnya mesti negatif. Jadi kita
guna formula peristiwa negatif, harga barang naik respon kita mesti sangat
positif maka hasil positif.
Macamana respon positif? Senang sahaja. Jangan kata kita tidak mampu beli
barang itu. Kita tanya soalan, bagaimana untuk saya lakukan. Cuba tengok orang
yang kurang rezeki. Cuba nilai diri. Berapa jam masa yang digunakan untuk benda
yang produktif. Contohnya jika sebelum ini kita tengok tv satu hari lima jam.
Apa kita dapat tengok tv, drama yang
negatif, cerita hantu dan sebagainya. Tidak mendatangkan manafaat. Bagi wanita
yang ada bakat, kalau dia pandai buat sesuatu pergi tengok sana boleh buat Tingkatkan pendapatan dengan benda yang
berkat. Online atau buat sambal tumis, kalau orang laki-laki dengan kerja lebih
dan sebagainya.
Dan juga dengan mengatur cara kita berbelanja. Keutamaan. Bagi orang yang
merokok, merokok itu membakar wang. Jadi kenapa harus merokok juga. Dan juga
bagi orang yang berbelanja, cuba audit balik perbelanjaan kita. Bila ke
Supermarket, kita beli air gas. Ia satu minuman yang merosakkan badan. Kita
beli makanan bergula, ais krim benda yang tidak membina nutrisi kita buang.
Maknanya kita atur balik perbelanjaan. Jika tidak boleh meningkatkan gaji, kita
kurangkan perbelanjaan yang tidak penting. Banyakkan minum air yang bersih,
makanan yang sihat dan jika kita ada rumah kita tanam sendiri.
Ada dua jenis manusia, satu merungut, mengeluh, dia sibuk hidup dari luar
ke dalam. Macam-macam alasannya; saya tidak mampu, harga barang naik. Dia sibok
mencari faktor di luar daripada faktor dirinya sendiri. Kalau kita tak cukup
duit, kita kata kenapa kita tak cukup duit? Kenapa saya dapat kerja yang tak
bagus?
Sebab manusia ini apabila diberi duit berdasarkan nilai yang diberi kepada
dunia. Kita pekerja, nilai kita beri gaji RM1,000 tetapi kerja macam RM800, tapi
kita kita dibayar RM1000 tak berkat duit itu. Tapi kalau gaji RM1,000 kerja
macam RM2,000, Allah akan beri
keberkatan RM2,000 itu kepada kita. Ini undang-undang sunnatullah yang perlu
kita semua perlu fahami. Apa-apa kita buat, buat yang terbaik sebab Allah
paling sayang orang yang paling bermanfaat.
Tekanan ini, sebenarnya bila kita yakin pada rezeki di tangan manusia.
Ingat, kita manusia sebenarnya sibok dengan benda yang Allah sudah janji. Apa
dia, ulat dalam batu pun ada rezeki. Kita sibok
mengejar benda Allah sudah janji hingga kita lalai pada tanggungjawab kita
untuk ubudiyyah atau menyembah Allah. Berapa orang daripada kita solat lima
waktu yang cukup, wanita menutup aurat, taat pada suami, jaga pergaulan, jaga
akidah, jaga ibadah, jaga akhlak. Kalau kita tak buat apa yang Allah suruh, tak
jaga Allah macam mana Allah nak jaga kita. Jadi jangan kalau Allah dah tetapkan
rezeki, jangan sibok dengan benda Allah sudah jamin hingga terlupa dengan
tanggungjawab kita. Banyak orang yang cuai dengan tanggongjawab, rezekinya
tidak berkat. Maka sebab itulah duit tak cukup, kereta rosak, anak sakit.
Siapa yang menentukan anak sakit dan rezeki tidak cukup, kereta rosak?.
Semuanya Allah SWT. Sebab itu jaga Allah, Allah jaga urusan kita. Jaga akhirat
kita Allah jaga urusan akhirat kita Kita
kejar akhirat, dunia kejar kita. Itu konsep nak hilangkan tekanan. Sebab ingat orang yang tertekan , hanya orang yang ego. Dia rasa semua di
tangan manusia. Dan masaalah masyarakat sekarang ialah mereka lebih yakin
kepada diri mereka atau manusia lain lebih yakin daripada kuasa Allah.
Bagi orang yang tertekan, saya nak ajar begini. Bangun pagi-pagi, Subhanallah.
Langit! Tiada duit pun boleh tengok langit. Boleh bernafas! Kenapa nak susah
hati, tiada duit.? Satu lagi orang kurang tenang, ialah orang yang kurang
syukur. Nak tahu kita kurang syukur, sebab kurang takwa. Orang takwa tak ada sifat
ehsan merasa orang melihatnya. Kenapa tidak ada sifat ehsan. Sebab tidak
beriman kepada Rukun Iman seterusnya Rukun Islam.
Kalau kita tak bersyukur, kita akan mengeluh, merungut. Kalau kita sentiasa
bersyukur aura positif magnet kepada benda yang positif. Orang yang mengeluh,
auranya mengeluh sentiasa akan ada inproduktif. Lihat orang yang berjaya. Mulut
mereka baik atau tak baik? Selalu menghargai, menyebut kebaikan orang, hati
bersih, penuh kasih sayang, murah hati!. Orang negatif, orang yang susah;
dengki, menyampah, sakit hati, dendam, tamak, takut selain daripada Allah. Ini
perkara-perkara lain yang menyebabkan orang tertekan.
Orang nak lempar kita barang sepuloh kilo. Kita bersedia sebelumnya. Orang
yang bijak menyelesai masalah. Orang yang genius, dia mencegah masalah sebelum
masalah berlaku dengan membuat pesediaan awal. Maknanya sebelum anak dilahir,
sudah disediakan tabungan kewangan, fokus pada perbelanjaan yang betul. Sebelum
kahwin, dia dah buat perjanjian, misalnya tentang merokok. Bila dah kahwin
disuruh berhenti, duit merokok dimasukkan dalam tabung rokok, masuk, masuk.
Bila duit dah banyak, macam-macam boleh buat!. Itu cara yang baik.
Satu emosi yang kita tidak boleh ada ialah marah, menyalahkan orang,
dendam, sakit hati, fikir negatif, rasa negatif, tindakan negatif akhirnya
nasihat saya bersyukur, kasih sayang, murah hati, tolong orang, betulkan diri
sebelum betulkan orang. Sebab orang yang berjaya membuat pilihan , orang yang
tidak berjaya mencari alasan. Katakan selamat tinggal kepada alasan, insyallah
semuanya terjamin. Hilangkan marah, betulkan diri dan doakan kepada orang yang kita rasa buat silap, jangan kutuk
mereka. Jangan ada sedikit pun dalam hati kita benci, tak suka pada orang sebab
tidak sempurna iman seseorang jika tidak mengasihi saudaranya.
Oleh itu dengan cara mengubah cara kita melihat kehidupan dengan mencelik
hati-hati kita, insya-Allah pada 2014 ini kita hadapi tahun baru dengan azam
baru. Bukan azam saja tapi perancangan
baru, cara berfikir pola pemikiran yang berbeza, pola pemakaian berbeza,
pola akidah berbeza yang lebih bagus, pola ibadah yang lengkap dan kelembutan
akhlak. Insya-Allah jika kita menjaga akidah,ibadah dan akhlak kita akan
bahagia dunia dan akhirat
Wallahu alam.
Prof Dr Muhaya Mohamad
Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkan kami sifat qanaah dan berlapang dada dalam meniti hari-hari mendatang. Lindungi kami dalam rahmat dan kasih sayangMu. Dengannya hati-hati kami mendapat petunjuk, berkumpul segala yang bercerai berai dan terhimpun segala yang terpisah, terpelihara dari segala yang merugikan agama, dunia dan akhirat kami. Aameen.
No comments:
Post a Comment