C.Northcote Parkinson (1986) telah menyarankan
empat perkara yang menuju kepada persaraan yang menyeronokkan :
a) Dengan cara mengurangkan semua nilai hidup
dan kerja yang berasaskan kepada wang, status dan darjat iaitu money,status and
reputation (MSR). Menurutnya, MSR menjadi tiga objektif utama bagi kebanyakan
manusia semasa bekerja. Ada yang tidak mencapai apa-apa objektif MSR selepas
bertungkus lumus bekerja selama 30 tahun dan ini boleh menyebabkan pesara berasa
kecewa dan tertipu di akhir garisan perlumbaan maraton. Walaupun MSR itu
penting, kebanyakan pesara merasakan itu cuma mengejar bayang-bayang saja.
b) Dengan cara mengurangkan tekanan atau
tumpuan ke atas nilai hidup bekerja dan menukarkan nilai-nilai tersebut kepada
creativity, integrity, autonomy (CIA). Mengikutnya, seorang pengarah urusan
tidak puas hati kerana tidak dilantik sebagai pengarah, pengurus pemasaran
tidak berpuas hati kerana beliau tidak dilantik ke dalam Lembaga Pengurusan;
pengerusi sebuah syarikat kecil juga tidak berpuas hati kerana dia bukan
pengerusi syarikat gergasi. Ini akan berlarutan hingga ke ad anfinitum. Parkinson nampaknya mengesyorkan agar pesara mengubah
dari MSR kepada CIA agar hidup lebih bermakna, bebas dan bernilai
c) Dengan cara mengelakkan daripada membuat perbandingan dengan orang lain.
Kita selalunya membandingkan diri kita dengan jiran sebelah dan sebagainya.
Kita tidak mengukur sejauh mana kita sendiri boleh buat. Kita harus menilai
diri sendiri setakad mana yang boleh kita sediakan agar kita tidak kecewa
dengan harapan yang terlalu tinggi dan tidak realistik. Dengan ini, pesara akan
dapat peace of mind.
d) Dengan cara tidak memperdulikan apa yang orang lain akan kata. Kita mahu
naik bas takut orang lain akan kata kita tidak ada wang, tak mampu naik teksi
atau tidak mampu membeli kereta. Pesara harus hidup dengan consciencenya sendiri daripada menjadi begitu takut atau malu
mengenai apa orang lain akan kata mengenai dirinya sebagai seorang pesara.
Wallahu alam.
Hj Abdul Halim Hj Hassan
Dunia Pesara, 2002
No comments:
Post a Comment