Thursday, December 12, 2013

Tujuh kecekapan guru


a) Memiliki ilmu pengetahuan tentang mata pelajaran yang diajar secara mendalam dan mempunyai kemahiran untuk menyampaikannya secara menyeronokkan dan berkesan bersesuaian dengan minat, keupayaan dan kesediaan anak didik.

b) Memiliki keinginan dan kemahiran untuk mengenali setiap anak didiknya sebagai individu yang unik dan tersendiri, dan mengetahui cara bagaimana setiap seorang daripada mereka belajar.

c) Memiliki kecekapan merancang dan melaksana pengajaran dan kecekapan mentaksir, menilai serta melaporkan hasil pembelajaran.
 
d) Memiliki kecekapan berhubung dan berkeupayaan berkomunikasi secara brerkesan dengan murid dan ibu bapa mereka.

e) Berkemampuan menyediakan dan mengurus persekitaran pembelajaran mencabar minda, selamat dan menyeronokkan untuk anak didiknya sehingga mereka terdorong untuk memberi yang terbaik setiap masa.

f) Sentiasa bersemangat dan ghairah untuk meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan dan menambah baik amalan melalui pembangunan profesionalisme secara berterusan.

g) Melibatkan diri dan menyumbang secara aktif dalam pelbagai aktiviti profesion keguruan dan kegiatan kemasyarakatan.

Saya amat menghargai kuntuman budi pendidikan yang saya terima daripada guru-guru saya yang amat berpengalaman. Budi pendidikan ini saya akui turut mengharumi dan mewarnai denai profesional keguruan yang pernah saya alami dan amat yakin akan terus memberi sinar kesedaran tentang tanggungjawab profesional untuk menabur juga kelopak-kelopak budi kemanusiaan sebegini di sepanjang jalan pendidikan yang bakal saya tempuhi.

Wallahu alam.

Datuk Dr Hj Adi Badiozaman Tuah
Pengalam Keguruan – sepanjang jalan kenangan
IIM

No comments:

Post a Comment