a) Ujian adalah jalan untuk kita mengenal Allah. Allah
memperkenalkan diriNya di sebalik semua ujianNya. Pada ujian sakit, Allah
kenalkan diriNya Yang Maha Penyembuh. Pada ujian miskin, Allah perkenalkan
diriNya Yang Maha Kaya. Pada ujian fitnah, Allah sedang memperkenalkan diriNya
Yang Maha Penyabar.
b) Membuat keputusan yang salah lebih baik daripada tidak
membuat keputusan langsung. Tidak membuat keputusan petanda takut untuk
bertanggungjawab!
c) Diri yang menerima hidup berdasarkan apa adanya lebih tenang daripada diri yang ingin hidup serba ada.
d) Ingatlah wahai diri, melakukan taat lebih mudah
berbanding melakukan maksiat.
e) Perjalanan menuju kematian telah bermula sebaik kita
dilahirkan. Ingat mati adalah penawar untuk kesedihan hati apabila ditimpa
ujian. Penghilang rasa nikmat untuk melakukan maksiat. Dan pendorong untuk
istiqamah dalam melakukan ketaatan.
Ya Allah, bantulah
kami untuk sentiasa mengingati kematian. Aameen.
Wallahu alam.
Pahrol Mohamad Juoi
Seraut kata selaut
rasa,2013
No comments:
Post a Comment