Terapi 3T - Tunduk
Diambil daripada kefahaman kita
terhadap ayat, inni kuntu minazh
zhaalimiin; sesungguhnya aku tergolong dalam golongan orang yang zalim pada
diri sendiri. Wahai Tuhan kami,
sesungguhnya kami telah menzalimi diri sendiri. Kadang-kadang inilah ramuan
yang Allah tunggu-tunggu daripada seorang hamba untuk Allah lihat ada dalam
jiwa hamba tersebut, yang menjadi solusi kepada semua permasalahan kita. Apa
dia?
Allah nak tengok hamba ini tunduk
kepadaNya, merendah diri dengan mengakui bahawa sebenarnya dialah, hamba
inilah, kitalah yang telah menzalimi diri kita terlebih dahulu sebelum kita
salahkan orang itu dan orang ini. Sebelum kita salahkan itu dan ini, kita
terlebih dahulu menzalimi diri sendiri.
Contoh, ada segelintir isteri
yang tidak puas hati dengan suami. Suami saya teruk! Ditegur tak dengar, ego,
bongkak dan macam-macam kita sandarkan kepada suami kita atau sebaliknya.
Soalnya? Sudahkah kita menundukkan diri kita di hadapan Allah, mengakui terlebih
dahulu sebelum kita salahkan orang itu dan orang ini. Mengaku terlebih dahulu; Wahai Allah, sungguh aku telah berlaku zalim
kepada diriku! Kenapa?
Kerana masa mula-mula nak kahwin
dulu kita langsung tidak bertanya kepada Allah SWT. Tidak ada solat istikhorahnya,
tidak ada doa istikhorahnya, mohon bertanya kepada Allah. Wahai Allah, apakah laki-laki ini baik untukku, duniaku, akhiratku,
agamaku, imanku? Sebaliknya kita kahwin sebab dah sayang, dah cinta, dah
adik manis hari-hari. Tak bertanya lagi dah pada Allah, baik tak baik jodoh
kita ini. Maka kalau kita adukan dulu; Wahai
Allah sebelum orang lain zalim kepadaku, aku telah zalimi diri sendiri. Aku
berlagak pandai Ya Allah. Berlagak macam tahu sangat tentang masa depanku dan
hari inilah aku makan hasil daripada sifatku yang tidak tunduk terlebih dahulu
di masa dulu!
Maka akukan pada Allah,
insya-Allah sekelip mata kalau Allah berkehendak siapa sahaja Allah ubah
menjadi sangat baik dan lebih baik.
Wallahu alam.
Nur Hafizah Musa
UTM
No comments:
Post a Comment