....sering berdepan dengan ramai pesakit, pelbagai karenah dan ragam yang
diperhatikannya. Hampir kebanyakkan pesakit bukan saja menghidap penyakit
fizikal malah mengalami masalah penyakit jiwa (75%). Apabila jiwa sakit, secara
tidak langsung fizikal juga akan sakit. Oleh itu kita mesti cari doktor yang
lebih holistik yang bukan saja merawat penyakit tetapi merawat manusia itu
sendiri. Rawatan jiwa perlu menyeluruh bukannya di atas permukaan
sahaja.Penyakit jiwa ini bukan dialami orang tak normal tapi orang yang tak
pandai guna fikirannya untuk menjalani kehidupan. Maknanya mereka hidup dalam
keadan hati yang buta, hati yang tidak celik.
Oleh itu, seseorang individu itu perlu kembali kepada asas dengan melihat
tujuannya dalam hidup. Adakah nak jadi glamor? Kita akan mati juga akhirnya.
Kita hidup untuk masuk syurga, itu adalah kejayaan.
Lebih penting, proses mencelikkan hati perlu bermula daripada ibu bapa
sebelum mendidik anak-anak dan keluarga. Seorang bapa kena celik hati dulu. Apabila
bapa celik hati, dia akan cari ibu yang celik hati. Tiada guna seorang muslimin
dibesarkan dengan prinsip Islam, tapi mencari isteri yang salah. Kemudian
berterusan sehingga ke anak, menantu dan cucu yang salah sehingga seluruh
generasi akan hancur.
Wallahu alam.
Prof. Dr Muhaya Mohamad
Sinar Harian
25 Disember 2013
No comments:
Post a Comment