Friday, December 20, 2013

CUT APPLE A

C : Carring ( penyayang )
a) Tunjukkan minat untuk membantu
b) Ambil berat
c) Mendengar dengan cermat
d) Tumpu pada ide dan perasaan
e) Tidak memotong percakapannya
f) Ambil berat kebajikannya

U : Understanding ( memahami apa yang dicakapkan )
a) Merasa perasaan dan pengalamannya
b) Jangan melabel, menilai atau menghukum
c) Menerima keunikan orang lain
d) Orang lain akan selesa dengan anda

T : Trusting ( mempercayai – dipercayai )
a) Berasa selamat – pendedahan kendiri akan berlaku
b) Mereka berani mengambil risiko
c) Kerahsiaan terjamin (tidak kepada kes-kes jenayah)
d) Kepercayaan juga wujud daripada cara anda berpakaian, bercakap, memilih perkataan, air muka dan tingkahlaku.

A : Accepting ( menerima seadanya )
a) Percaya dia telah membuat yang terbaik untuk dirinya
b) Mereka juga mempunyai harga diri
c) Jangan hilang minat walaupun terlalu berbeza
d) Elakkan melabel

P : Patience ( sabar )
a) Sabar dengan keunikan tingkah laku / nilai yang bertentangan dengan anda
b) Ubat paling mujarab dalam menangani masalah hidup
c) Anda lebih matang
d) Keputusan dibuat akan lebih rasional

P : Positive Thinking
a) Keupayaan seseorang melihat atau menilai sesuatu dari perspektif positif
b) Berupaya melihat kebaikan dan kelebihan
c) Mempunyai hikmah yang tersendiri
d) Lihat yang negatif secara positif
e) Ramai orang mempunyai tendensi melihat sesuatu secara negatif. Hasilnya rasa kecewa dan hilang semangat.

L : Listening
a) Pendengar yang baik
b) Tumpu kepada orang yang bercakap
c) Fahami maklumat
d) Kawal perasaan jangan terganggu
e) Mendengar yang disebut secara lisan dan bukan lisan

E : Empathy
a) Melihat sesuatu dari perspektif orang lain
b) Berupaya merasa perasaan orang lain
c) Memahami dan mendalami
d) Orang lain akan selesa berkongsi maklumat

A : Assertive
a) Menyatakan perasaan, pendapat anda dengan berterus terang secara sopan
b) Tidak mengancam orang lain
c) Menghormati hak orang lain.

Wallahu alam.

Mohamad Nawi b Jaffar
Nadwah kepemimpinan Islam
Sekolah Menengah

No comments:

Post a Comment