Pada hakikatnya kehidupan tidak
pernah luput daripada kesengsaraan, duka dan ujian. Jika ingin terus berjalan
mengharungi hidup ini, maka anda mesti menaiki perahu harapan dan keredaan. Ini
kerana karakter dunia dan manusia yang hidup di dalamnya mustahil dapat
terlepas daripada musibah dan kesengsaraan. Ia sunnatullah terhadap kehidupan
dunia dan manusia secara umum.
* Kesabaran merupakan kunci
kelapangan
* Waktu malam yang paling gelap
ialah sebelum datangnya fajar yang terang.
* Bersama kesukaran ada
kemudahan, bersama kesempitan ada kelonggaran.
* Dalam setiap ujian dan cabaran
terdapat penghapusan dosa-dosa dan kesalahan, peningkatan darjat serta
peringatan terhadap kelalaian diri.
* Allah SWT tidak memilihkan
untukmu kecuali yang terbaik.
* Allah SWT sangat mencintaimu,
lebih dari cinta seorang ibu kepada anak yang disusuinya.
* Kegembiraan orang zalim
tidaklah abadi dan Allah SWT akan menolongmu di dunia dan akhirat
*
Berbaik sangkalah terhadap Allah SWT
* Surga merindukanmu
* Sakit pasti akan hilang,
musibah akan berlalu, dosa-dosa akan diampunkan, hutang akan dibayar, ikatan
akan terurai, sesuatu yang hilang akan kembali, orang yang melakukan maksiat
akan bertaubat dan orang yang fakir akan menjadi kaya.
* Bukankah kamu sentiasa melihat
mendung hitam dapat sirna, malam yang pekat akan berlalu secara perlahan, angin yang menderu-deru akan kembali tenang dan badai pasti berlalu. Jadi keeluruhan
kesempitan itu akan menjadi longgar, hidup anda akan damai, dan masa depan anda
akan cerah.
* Panas matahari boleh hilang
ketika kamu berada di bawah tempat yang teduh, dahaga orang yang bermusafir
akan lenyap dengan air yang segar, rasa lapar yang menusuk akan hilang dengan
sepotong roti, kepenatan akibat terjaga pada malam hari akan hilang dengan
tidur yang nyenyak dan kepedihan kerana sakit akan sirna dengan nikmat
kesihatan. Kewajipanmu hanyalah bersabar dan menunggu sesaat.
Wallahu alam.
Syeikh Mahmud Al-Misri
The Power of Smile
No comments:
Post a Comment