a) Untuk melakukan kebaikan sukar. Untuk menyembunyikan
kebaikan yang telah dilakukan jauh lebih sukar. Tetapi untuk melupakan kebaikan
yang pernah kita lakukan adalah sesuatu yang paling sukar.
b) Lama kelamaan orang yang baik akan kelihatan cantik bukan
kerana wajahnya berubah, tetapi bebaikannya yang telah mengubah hati orang yang
memandangnya. Apabila hati baik, wajah akan kelihatan cantik!.
c) Kita buat baik bukan kerana kita sudah menjadi orang yang
baik tetapi itulah usaha kita untuk menjadi orang yang baik!.
c) Apabila kita meninggalkan maksiat pada siang hari,
sebenarnya itu adalah sumber kekuatan kita untuk melakukan ibadah pada malam
hari.
d) Apabila manusia sering mengecewakan kita untuk sama-sama
melalui jalan Allah, itu isyarat untuk kita lebih serius memperbaiki diri dan
hati dengan Allah. Insya-Allah, manusia itu pasti kembali semula bersama kita
melalui jalanNya. Ataupun kita dikurniakan hati yang tidak memerlukannya lagi
bersama kita kerana siapa yang bersama kita di jalan Allah adalah pilihan
mutlakNya jua, bukan pilihan kita.
Wallahu alam.
Pahrol Mohamad Juoi
Seraut kata selaut
rasa,2013
No comments:
Post a Comment