Telinga
Ia dijadikan bagimu supaya mendengar
kalam Allah iaitu al-Quran dan mendengar hadis nabi saw dan mendengar kata-kata
hikmat wali-wali Allah iaitu suatu ilmu yang menyampaikan kepada maarifat Allah
Taala serta takut kepadaNya dan menyampaikan kepada mengenal negeri akhirat.
Maka peliharakan telingamu itu daripada lima perkara:
a) Engkau peliharakannya daripada mendengar segala yang bidaah yang dicela
yang tiada sepakat dengan syariat.
b) Engkau peliharakannya daripada mendengar orang yang mengumpat. Jangan
engkau menyangka dosa itu tertentu bagi orang yang mengata sahaja tetapi orang
yang mendengar pun turut mendapat dosa seperti orang yang mengatakannya. Hadis
nabi saw menyebut: Orang yang mendengar
itu adalah sekutu kepada orang yang mengata iaitu salah seorang pengumpat.
c) Engkau peliharakannya daripada mendengar perkataan yang keji.
d) Engkau peliharakannya daripada mendengar
perkataan yang batil dan sia-sia.
e) Engkau peliharakannya daripada mendengar
orang yang mengatakan keburukan manusia.
Wallahu alam.
Hidayah Salikin
Syeikh Abdul Samad
al-Palimbani, 2009
No comments:
Post a Comment