Friday, December 6, 2013

Isu Perkembangan Profesional Di Sekolah (1)

Visi dan misi yang tidak jelas

Ini boleh berlaku sekiranya pengetua / guru besar sebagai pemimpin di sekolah tidak menjelaskan objektif membudayakan perkembangan kepada stafnya. Oleh itu visi dan misi program tidak dihayati oleh setiap anggota. Adakalanya visi dan misi program juga tidak dihayati kerana pemimpin organisasi tidak terlibat dan tidak ikut serta untuk membuat perubahan. Sebagai pemimpin sekolah pengetua / guru besar adalah individu yag paling penting untuk mengerakkan perkembangan kerana pengalamannya dan ilmunya yang luas yang boleh dikongsi bersama para guru. Pengetua / guru besar harus memastikan visi sekolah disampaikan di tempat-tempat strategik dan setiap masa.

Wallahu alam.

Sallina bt Hussain, A Razak Bin A Karim & Rahmah bt Sayuti
Membudayakan Perkembangan Profesional

No comments:

Post a Comment