Tuesday, December 10, 2013

Kompetensi Fungsian JPN & PPD (5)

Dasar Pendidikan

Kefahaman terhadap rasional dan falsafah yang termaktub dalam dasar dan pelan pembangunan pendidikan yang menentukan hala tuju dan tumpuan staf untuk membolehkan pelaksanaan tugasan dengan objektif untuk memaksimakan keberhasilan pembelajaran murid dan prestasi sekolah.

Tahap 1 :
a) Mempunyai pengetahuan tentang dasar pendidikan dalam skop kerja dan menggabungkan kefahaman tersebut dalam amalan kerja.

Tahap 2 :
Menunjukkan kefahaman yang jelas terhadap rasional dan objektif umum dasar pendidikan secara keseluruhan. Meletakkan keutamaan terhadap program dan inisiatif penting dan menggabungkannya dalam amalan semasa memberi panduan kepada para guru.

Tahap 3 :
a) Menunjukkan kefahaman yang jelas terhadap objektif dasar pendidikan dan berupaya untuk mengubahsuai berdasarkan keadaan, dan menyumbang kepada pembangunan dasar pendidikan melalui maklum balas secara profesional kepada penggubal dasar.
b) Berkeupayaan untuk menerangkan dengan jelas dasar dan amalan yang digunakan serta manfaat panduan kepada staf cara menggabung dasar kepada amalan. Berupaya untuk menterjemah dasar kepada inisiatif.

Tahap 4 :
a) Menunjukkan kefahaman yang jelas terhadap objektif dasar pendidikan, bertanggungjawab terhadap pembangunan pelan strategik jangka panjang dan menyumbang kepada pembangunan dasar pendidikan.
b) Berkeupayaan untuk memahami hasrat dan rasional di sebalik kandungan dasar pendidikan, dan dengan yakin mempertahan dasar dan amalan.

Wallahu alam.

KPM,2013

No comments:

Post a Comment