Pengurusan Masa
Di negara maju di
mana perkembangan profesional menjadi sebahagian budaya sekolah, masa yang khas
di peruntukkan untuk program-program perkembangan profesional yang kadangkala
melibatkan hujung minggu. Terdapat juga sekolah-sekolah di negara maju yang
memperuntukkan 20% dari masa bekerja guru untuk perkembangan profesional
terancang. Jelas bahawa penstrukturan waktu perlu difikirkan sekiranya
perkembangan profesional diambil serius oleh pihak sekolah. Sekolah boleh juga
menggunakan strategi-strategi yang boleh menjimatkan masa seperti penggunaan video dan team-teaching bergantung kepada jenis latihan yang dijalankan.
Kita perlu beranjak kepada konsep Time it’s not made,it’s found. Jika tidak kita akan sentiasa
menggunakan kekangan masa sebagai alasan tidak dapat membudayakan perkembangan
professional di sekolah. Pengetua / guru besar perlu memperuntukkan masa untuk
guru-guru meningkatkan diri mereka kerana apabila kecekapan guru meningkat,
pencapaian murid juga sama meningkat.
Wallahu alam.
Sallina bt Hussain, A Razak b A Karim & Rahmah
bt Sayuti
Membudayakan Perkembangan Profesional
No comments:
Post a Comment