Esei 32
a) Kejutkan minda anda. Ia mewah dengan kekayaan dan kebahagiaan. Jadikan
ia satu cabaran peribadi untuk mengetahui lebih banyak mengenainya agar dapat
memanfaatkannya dengan sebaik mungkin. Berlatih berfikir secara positif.
b) Bentuk pemikiran harian adalah sangat genting. Ia boleh jadi kreatif atau membinasakan. Malah
dengan bercakap beberapa ayat di sana sini akan memberi impak dan mengubah
hidup anda. Kadangkala tidak perlu berkata benar, minda sedia menerima segalanya
c) Batas keupayaan dan anggapan negatif telah
diwarisi oleh manusia semenjak lahir dan dibebankan ke atas diri sendiri. Sifat
pengecut dan malas telah menyusul ke dalam hidup serta dikukuh sehingga dewasa.
Sebaliknya seseorang yang berfikiran positif tidak pernah putus asa, dia
sentiasa mencari jalan.
d) Anda boleh memilih bentuk pemikiran sendiri.
Dengan petunjuk dan lindungan
Tuhan, tiada apa yang perlu ditakuti. Fokus pemikiran untuk betulkan yang salah
dan baiki keadaan. Kekuatan itu dapat menampung kesusahan.Selalulah pilih
pemikiran ke arah memajukan minat.
e) Pemikiran yang positif boleh dibudayakan menerusi: Pertama, kuatkan
naluri kawalan . Tangani masalah dengan penuh kekuatan tanpa takut buat silap.
Kembalikan status asal minda yang bebas dari ketakutan. Kedua,fikirkan yang
besar, luaskan skop fikiran tanpa had. Ketiga.gunakan visualisasi dan
pengesahan. Keempat, elak memaksa minda untuk menerima cadangan mungkin ianya
tidak berkesan;sebaliknya terima cadangan itu secara semulajadi. Dan terakhir, jauhkan dari perkara negatif
dan amalkan dengan positif.
Berjaya atau gagal dalam
perniagaan lebih banyak disebabkan oleh corak minda berbanding keupayaan minda.
( Walter D.Scott )
Wallahu alam.
Stephen
W.K.Tan
100 Esei Inspirasi &
Motivasi Untuk Pelajar
No comments:
Post a Comment