Sunday, December 8, 2013

Keyakinan

Esei 31

Selama beratus-ratus tahun para atlet telah cuba untuk berlari satu batu dalam tempoh kurang empat minit dan telah gagal. Secara universal ia diterima sebagai satu matlamat yang tidak mungkin boleh dicapai. Dr Banister datang dengan penuh keyakinan dan semangat untuk membuktikan kesilapan itu. Selepas regim latihan yang teratur akhirnya beliau berjaya Sekarang beribu-ribu pelari turut berjaya dan sebatu dalam empat minit menjadi sejarah. Apakah badan manusia telah berubah? Tidak. Apa yang berubah? Keyakinan!

Sistem keyakinan diri merangkumi harga diri, persepsi, tahap kepercayaan, minat yang mendalam dan keyakinan. Ia memberi tenaga dan memusatkan arah tuju kehidupan. Ia menggerakkan tidakan, malah keseluruhan sistem saraf kita, dan membawa kepada prestasi kemajuan dan kecemerlangan. Pengaruh-pengaruh baik yang boleh memberi tenaga antaranya:

a) Jauhkan pengaruh negatif, melemahlan dan suasana yang membazirkan.
b) Emosikan pemikiran anda dengan impian dan keinginan yang membara, kemudian terjemahkan kepada rancangan, semangat dan tindakan.
c) Perkasakan ilmu pengetahuan dan kemahiran anda, aplikasikan teknik visualisasi dan pengesanan, latihan ini mempertingkatkan keyakinan dan imej diri anda dan meningkatkan kejujuran anda.
d) Lihat diri anda sebagai seorang yang berjaya, fokus pada kekuatan anda dan tumpukan diri anda kepada perkara yang anda boleh lakukan dengan baik. Bentuk perhubungan sokongan.
e) Perkukuhkan diri anda dengan pencapaian lepas. Bersiap sedia untuk menang sekali lagi.
f) Sedari status kecekapan dan kebolehan anda, beristirehat secara berkala untuk membaik pulih dan menyusun semula posisi bagi memastikan pencapaian lebih baik.
g) Kepercayaan yang matang dan kukuh akan membentuk keyakinan diri dan posisi kekuasaan yang kukuh, bersama-sama dengan semangat yang kuat dan resolusi.

Keyakinan dapat ditingkatkan dengan :
1. Bergantung pada kekuatan bukan kelemahan dan secara bersungguh-sungguh menggantikan pemikiran negatif dengan positif.
2. Visualisasi dan kepastian berterusan pada kecekapan, kemajuan dan kejayaan.

Motivasi adalah mudah :
1.  Miliki impian dan keinginan yang membara, rangkakan matlamat dan mulakan kerja.
2. Tindakan mencipta motivasi. Cuba dan terus cuba. Begitulah caranya.
3. Tabiat melakukannya sekarang dan tidak bertanggguh masa lagi adalah satu motivasi.

a) Rasional adalah terhad, tetapi keyakinan tidak ada sempadan ( B.Pascal )
b) Dalam kehidupan sebenar setiap kegiatan yang hebat bermula dengan mengambil langkah pertama dengan penuh keyakinan ( Schlegal ).

Wallahu alam.

Stephen W.K.Tan
100 Esei Inspirasi & Motivasi Untuk Pelajar

No comments:

Post a Comment