Suatu hari Hasan bin Ali cucu rasulullah saw melihat seorang hamba berkulit
hitam di sebuah kebun. Hamba itu sedang menjamu selera dengan bekalan roti
yang dibawanya. Sepotong dia makan, sepotong lagi diberikan kepada seekor
anjing yang berada di hadapannya.
Hasan bertanya kepadanya : Mengapa
engkau memberikan bekalanmu kepada anjing itu? Dia menjawab : Aku malu untuk makan tanpa memberinya.
Hasan berkata : Jangan pergi ke mana-mana
hingga aku kembali.
Hassan pergi menemui tuan pemilik hamba itu. Beliau membeli hamba itu
berserta kebunnya sekali. Kemudiannya beliau memerdekakan hamba itu dan
menghadiahkan kebun itu kepadanya. (Diceritakan oleh Ibn Kathir dalam
al-Bidayah wa al-Nihayah )
Pengajaran :
Sayang kepada haiwan ialah salah satu akhlak terpuji. Islam menggalakkan
ihsan kepada haiwan meskipun terhadap seekor anjing. Imam al-Bukhari ada
merakamkan hadis yang menceritakan seorang wanita pelacur diampunkan dosanya
oleh Allah SWT dek perbuatannya memberi minum kepada sekor anjing.
Jika berbuat ihsan kepada seekor anjing pun dikira ibadah, apalagi ihsan
kepada haiwan-haiwan yang lain. Lebih besar lagi, ihsan kita kepada manusia
terutamanya kepada kaum keluarga dan jiran tetangga.
Wallahu a’lam.
Al-Ustaz
Volume 01 Isu no 08, 2012
No comments:
Post a Comment